Tuesday, 13 October 2015

SAYA SUDAH BEKERJA

Assalamualaikum. Fuhhh. Bersawang dah tengok blog ni. Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk muncul kembali. Saya terlalu busy dengan kerjaya sekarang. Sungguh. Begini rupanya keadaan bila dah bekerja. Terlalu berbeza ketika menuntut ilmu. Kepada yang masih belajar, kutiplah kenangan dan pengalaman sepuasnya, sebab bila kita dah mula bekerja, semua itu hanya kita mampu ingati, dan takkan boleh diputarkan kembali.

Sekarang ini saya sedang menjalani tempoh sebagai pelajar pelatih peguam di salah sebuah firma guaman di??? Rahsia. Hehe. Banyak saya belajar sejak saya intern sehingga saya decide untuk melangkah lebih jauh dengan profesion ni. Terlalu banyak realiti yang saya lalui berbanding fantasi dalam karya-karya yang saya pernah tulis. Tak semuanya indah. Bila saya dah bersedia dan ada kelapangan, saya ingin menulis pengalaman saya melalui tempoh-tempoh berhadapan dengan hampir kesemua client yang mempunyai masalah rumahtangga, kena dera, suami larikan anak, suami gila s*ks, suami menganggur, isteri cari nafkah, muslimah decide kahwin dengan lelaki berpandukan hanya sekali berjumpa, dan berkenalan tak sampai sebulan, dan bagaimana wanita boleh jadi bodoh, sehingga sign agreement yang memakan dirinya sendiri untuk seumur hidup. Dan apa yang saya harapkan, tulisan saya akan datang dalam bentuk penceritaan, memudahkan semua orang, terutamanya golongan wanita agar memahami hak-hak dan cara-cara ketika dilanda krisis rumahtangga.

So, untuk setakat ni, sampai sini sahaja coretan saya. Saya tengah kerja ni. Hahaha. Okay, bye.

Friday, 24 October 2014

NOVEL: Surat Untuk Bakal Isteriku Bab 1

Bab 1

Nur Qaisara Irdina

Hiyyaaaa! Aku menghenyakkan badanku ke atas katil. Belum sempat aku ingin bermanja-manja dengan walid di ruang tamu sebentar tadi, dia sudah menghalauku masuk ke dalam bilik. Entah apa yang membuat walid dan umminya kalut supaya aku terus masuk ke dalam bilik. Untuk membuka tudung pun walid tidak bagi. Pakej dia sendiri menolak aku masuk ke dalam bilik.

Sesekali deria pendengaran menangkap suara orang sedang berbual di ruang tamu. Maklumlah, anak terbuang macam aku, biliknya di tingkat bawah. Tak macam bilik kakak dan abang aku. Eheh. Tipu je. Bilik ni bilik malas aku kalau malas nak memanjat tangga ke tingkat dua yang meletakkan bilik aku. Apa orang putih cakap tu, bilik tetamu. Eh silap, guest room. Hehe.

Friday, 31 May 2013

13 PERKARA YANG HARUS DI JAGA OLEH WANITA

1. Bulu kening – Menurut imam Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng… Sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.