Tuesday, 13 October 2015

SAYA SUDAH BEKERJA

Assalamualaikum. Fuhhh. Bersawang dah tengok blog ni. Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk muncul kembali. Saya terlalu busy dengan kerjaya sekarang. Sungguh. Begini rupanya keadaan bila dah bekerja. Terlalu berbeza ketika menuntut ilmu. Kepada yang masih belajar, kutiplah kenangan dan pengalaman sepuasnya, sebab bila kita dah mula bekerja, semua itu hanya kita mampu ingati, dan takkan boleh diputarkan kembali.

Sekarang ini saya sedang menjalani tempoh sebagai pelajar pelatih peguam di salah sebuah firma guaman di??? Rahsia. Hehe. Banyak saya belajar sejak saya intern sehingga saya decide untuk melangkah lebih jauh dengan profesion ni. Terlalu banyak realiti yang saya lalui berbanding fantasi dalam karya-karya yang saya pernah tulis. Tak semuanya indah. Bila saya dah bersedia dan ada kelapangan, saya ingin menulis pengalaman saya melalui tempoh-tempoh berhadapan dengan hampir kesemua client yang mempunyai masalah rumahtangga, kena dera, suami larikan anak, suami gila s*ks, suami menganggur, isteri cari nafkah, muslimah decide kahwin dengan lelaki berpandukan hanya sekali berjumpa, dan berkenalan tak sampai sebulan, dan bagaimana wanita boleh jadi bodoh, sehingga sign agreement yang memakan dirinya sendiri untuk seumur hidup. Dan apa yang saya harapkan, tulisan saya akan datang dalam bentuk penceritaan, memudahkan semua orang, terutamanya golongan wanita agar memahami hak-hak dan cara-cara ketika dilanda krisis rumahtangga.

So, untuk setakat ni, sampai sini sahaja coretan saya. Saya tengah kerja ni. Hahaha. Okay, bye.

Facebook Comments

0 comments: