Friday, 22 September 2017

MEREPEK: Haii Semua

Assalamualaikum. Okay, selesai transfer sikit novel yang saya peram hampir dua tahun. Hahaha. Lamakan? Yes. Sebab saya sangat sibuk dan malas. Sekarang ni baru rasa nak menulis semula since semua membebel dan bertanya kenapa saya berhenti menulis. Maksud saya, yang kenal saya secara betul dan tahu saya menulis. Sebenarnya kalau ikutkan, saya dah cuci tangan dari bidang ni. Tapi entahlah. Mungkin kerana masa terluang ni, saya rasa nak menulis semula. 

Actually, ada berapa novel yang saya peram. Bukan ni je. Ada 3. Bila tak ada idea untuk novel ni, saya ke novel tu, saya main lompat-lompat. Tapi sebenarnya, saya kena siapkan satu-satu. Takut bercampur-campur. So, saya transfer novel Cinta Kita Cinta Gamers dulu. Dedikasi khas dari kegilaan saya, iaitu main game COC. Hahaha. Okay. Itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca. 

NOVEL: Cinta Kita Cinta Gamers BAB 6

Tepat 1.50 tengah hari, Hasya mula menapak ke firma tempat dia mohon praktikal. Dia terkenangkan bebelan pensyarah yang menguruskan bahagian praktikal pelajar. Mana tidaknya, Encik Amar Hadi sudah menyiapkan surat untuk dia praktikal di Tetuan Mahfuz & Co. yang terletak di Temerloh. Kalau tidak kerana abangnya yang bersungguh-sungguh memujuknya untuk praktikal di situ, memang tidaklah dia ingin menukar.

Maklum sahajalah, Tuan Mahfuz merupakan antara Peguam Syarie yang hebat dan salah seorang peguam senior yang sudah bertapak lama dalam bidang guaman. Itu juga salah satu sebab kenapa Encik Amar Hadi marah dengannya.

“Awak betul-betul nak tukar tempat praktikal?” Soal Encik Amar Hadi.

“Ya sir, saya serius nak tukar tempat praktikal..” Jawab Hasya ringkas.

NOVEL: Cinta Kita Cinta Gamers BAB 5

"Please Hasyaaaa...."

"Abang. Mana boleh. Hasya dah mohon dekat Temerloh."

"Tolong abang Hasya.."

"Selama ni, abang tak pernah pun nak ambil tahu pasal Hasya punya study, ini tiba-tiba sahaja. Abang dah kenapa?"

"Please Hasya. Kali ni je." Hasya diam. Bingung dengan sikap abangnya.

"Abang, nanti Sir Hasya marah. Sir dah buat surat dah untuk Hasya" Hasya serba salah. Tak pernah abangnya merayu sebegini rupa. Pasti ada apa-apa.

"Cuba explain dengan Hasya, kenapa mesti Hasya kena intern kat firm tu?"

"Sebab abang dah jatuh cinta dengan salah seorang lawyer kat situ!"

"Awwwww! Seriously???" Hasya teruja. Ini kali pertama dalam hidupnya, abangnya Atqaa bercerita tentang cinta.